Pakdi.my

Membentuk Kapitalis Muslim
Dapatkan Dodol Istimewa untuk Orang Tersayang Sempena Aidilfitri Tahun ini

Tempahan cookies Short Bread Choc Chips dibuka untuk Aidilfitri. SMS 017-2268339 (Raihan)

Ketahui Rahsia Budak 17 Tahun Menjana RM 10,000 di internet

Panduan Kumpul Wang untuk Bakal Pengantin

Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya

Kembangkan bisnes anda di sini. Lebih 400 pengunjung setiap hari. Klik untuk hubungi Pakdi!


09.06

2008

Sovereign Wealth Fund

Dulu apabila penguasa sesuatu wilayah nak kembangkan kuasa, dia akan lancarkan perang dan tawan negara lain.

Wilayah yang lebih lemah adakalanya memohon perlindungan dengan wilayah yang lebih kuat.

Sebab itu dulu banyak peperangan. Ada perlindungan berbentuk ufti dan sebagainya.

Sekarang ada juga peperangan, tapi tak lah sebanyak dulu.

Dulu might is power. Tapi sekarang tidak sebegitu lagi.

Kuasa tidak lagi bertumpu kepada penguasaan wilayah, peperangan fizikal, tetapi juga penguasaan ekonomi. Adakah Amerika saja-saja ke nak bumi Afghanistan tu kalau bukan kerana ada minyak di bumi tersebut?

Maka sekarang ni, kekuatan negara tidak akan kemana kalau kekuatan ekonomi tidak sama dikuatkan juga.

Tidak lama dulu, dari syarikat yang bermula di belakang rumah, syarikat tersebut membesar sebagai multinational company. Yang asetnya sahaja jauh lebih besar dari aset sesebuah negara. Kalau syarikat tersebut mahu beli negara lain yang miskin sebenarnya boleh.

Kuasanya macam ketua bahagian beli ahli cawangan. Dan macam majlis tertinggi beli ketua bahagian. Dan menantu beli mertua. Hoho …

Dan yang lebih besar dari multinational company sekarang ini adalah sovereign wealth fund (SWF).

Yang paling kaya Abu Dhabi Investment Authority & Corporation. ADIA ini ada aset kira-kira USD 875 bilion. Yang selalu kita dengar adalah Temasek Holdings yang ada aset kira-kira USD 108 bilion.

Selain daripada melabur dalam syarikat dan aset tertentu di seluruh dunia, SWF ini juga “membantu” syarikat multinational yang memerlukan bail-out. Macam wilayah yang lemah, yang terpaksa mohon perlindungan wilayah yang lebih kuat.

Dan orang-orang kuat SWF ini sekarang dah mula gila beli kelab bolasepak. Sekali dia masuk, Roman Abrahamovic pun dah terkencing-kencing nak challenge.

Sebab tu saya nak sangat belajar selok belok fund management dengan lebih banyak. Siapa tahu, 30-40 tahun lagi boleh beli Liverpool FC. Haha …

Sebab tu juga saya fikir kenapa sekadar sebut melaburlah di dalam dana ABC Mutual yang halal, yang ada ownernya tidak halal akidahnya adalah cadangan yang tidak begitu stategik.

Kita perlu buat lebih dari itu.

Bacaan lanjut: Implications Of SWF

Terima kasih kerana membaca blog Pakdi.my dan sekiranya anda tidak mahu terlepas tips-tips yang boleh memahami dunia bisnes dan pelaburan dengan mudah sila langgan RSS feed blog ini. Klik di sini untuk melanggan


09.04

2008

Ulasan Post Apa Pelaburan Pilihan Anda

Konsep pelaburan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar. Cuma kadangkala nampak macam susah dan payah sangat-sangat. Dan ia berlaku kerana pelbagai sebab, mitos dan dongeng yang disampaikan turun temurun.

Dalam Islam ia disebut mudharabah. Anda selaku pengeluar modal (shohibul mal) memberikan wang kepada peniaga / usahawan (mudharib). Untung diberi mengikut kadar yang dipersetujui.

Post yang terdahulu, Apa Pelaburan Pilihan Anda?, anda telah diberikan satu situasi. Dengan wang tunai sebanyak RM 250,000 syarikat yang manakah yang anda akan laburkan duit anda. Keputusan jawapannya adalah seperti berikut:

Usahawan A: 16 pelabur (27%)
Usahawan B: 24 pelabur (41%)
Usahawan A + B: 19 pelabur (32%)

Ulasan
Sebenarnya, saya sudah menjangkakan lebih ramai akan melabur dengan usahawan B. Disusuli dengan “diversification” iaitu A+B, dan lebih sedikit akan fokus melabur dengan usahawan A.

Ramai yang memilih B barangkali ia kelihatan baru, cool, boombastic dan oooh la la …

Yelah, orang bijak pandai pun kata jual nasi lemak ni macam low class.

Dan ini ulasan panjang …

# 1 Labur dalam perniagaan yang anda faham sahaja
Tidak salah anda ingin melabur dalam A atau B. Apa yang penting adalah anda faham perniagaan tersebut.

Syarikat A itu andaikan sahaja sebagai Berkshire Hathaway (asalnya sebuah syarikat tekstil) milik pelabur terkaya, Warren Buffett, dan Syarikat B itu adalah Microsoft (syarikat perisian) milik usahawan terkaya, Bill Gates.

Warren Buffett, walaupun dia seorang pelabur yang hebat, tetapi dia tidak melabur dalam Microsoft. Alasannya, dia tidak faham macam mana operasi perniagaan Microsoft. Dia lebih faham perniagaan yang mudah seperti tekstil, Coca Cola, American Express, gula-gula, surat khabar dan perniagaan seumpamanya.

Jadi, anda perlu lihat jawapan anda. Adakah anda memberikan sebab pelaburan anda kerana anda faham perniagaan tersebut atau tidak?

Sekiranya anda menjawab seperti, “Saya ingin melabur di A kerana perniagaan itu mudah difahami …” atau “Saya memilih syarikat B kerana saya memang berada dalam industri teknologi … ” dan jawapan yang sewaktu dengannya. Itu adalah jawapan terbaik. Dan anda sedang berfikir dengan cara yang betul untuk menjadi seorang pelabur yang baik.

Tetapi anehnya, kebanyakan orang lebih suka melabur dalam sesuatu yang dia tidak faham. Dan akhirnya, orang sebegini akan rugi dalam pelaburannya.

Tak faham apa itu matawang, nak melabur juga di forex.

Tak pernah tengok pun buah kelapa sawit, nak juga melabur di pasaran hadapan kelapa sawit dan kaunter perladangan.

Tak pernah sampai pun ke China, berminat juga mahu melabur dalam dana pelaburan yang melabur di China.

Kerja dalam industri oil & gas tetapi lebih berminat melabur dalam syarikat komputer dan MESDAQ.

Kerja dalam industri komputer, berminat pula melabur dalam syarikat oil & gas.

Dan seterusnya.

Tidak tahu kenapa ramai orang selalunya lebih cenderung melabur dalam bidang baru, dalam sesuatu yang dia tidak faham dari hanya melabur dalam bidang yang sudah established dan dalam sesuatu yang sudah difahaminya.

# 2 Diversification is a protection against ignorance

Ia adalah kata-kata Warren Buffett.

Pelabur yang faham apa yang dia buat dengan pelaburannya, tidak membuat diversify seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Malangnya, ramai orang diversify hanya kerana untuk diversification.

Kenapa anda perlu meletakkan 10 biji telur dalam 10 bakul yang berbeza?

Kenapa anda tidak letakkan 10 biji telur dalam 1 bakul sahaja?

Jawapannya adalah berbalik kepada penjelasan # 1

Sekiranya anda dapat mengenal pasti satu peluang yang boleh berikan 100% pulangan, kenapa anda perlu membahagikan duit anda kepada beberapa pecahan pelaburan lagi? Ia tidak masuk akal. Kan lebih bagus anda laburkan kesemua duit anda ke dalam pelaburan yang boleh memberikan pulangan 100% itu tadi.

Mereka yang membuat diversification membuta tuli ini selalunya adalah mereka yang tidak yakin dan tidak faham pun dengan pelaburan yang mereka buat. Pecah 1 telur, ada 9 lagi. Pecah lagi satu, ada 8 lagi. Jadi kalau akhirnya ada 4 telur pecah, 6 telur yang tinggal itu lah yang akan mengimbangkan pulangannya nanti.

Pernah anda tengok seorang atlit professional yang menyertai 10 jenis sukan dalam satu masa? Steven Gerrard tidak bermain kriket dan ragbi secara professional dan hanya menumpukan sukan bola sepak dan menjadi pemain midfielder yang terbaik.

Ya. Saya faham. Tidak semua orang mampu membuat stock trading dan stock analysis sendiri. Saya akui. Unit trust sahaja tempat yang paling sesuai untuk anda melabur. Sekiranya itu keadaan anda, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

Saya cuma boleh sarankan, cepat-cepat pergi belajar mengenai pelaburan. Biarlah orang yang tak baca blog Pakdi.my ini yang hanya mengharapkan saham amanah sebagai satu-satu punca pendapatan pelaburannya. Tapi anda yang dah baca, kenalah jadi orang yang lebih sedikit. Barulah saya seronok nak menulis.

Sekiranya keadaan anda sebegitu, anda tidak perlulah membeli semua jenis dana amanah saham yang dijual kepada anda. Cukuplah menumpukan 1 atau 2 dana yang berlainan jenis dan beli dana yang anda faham apa gaya pelaburannya. Fokus bro!

Sebab itu saya selalu sebut, penuhkan dulu ASB sebanyak mungkin sementara anda menambah ilmu pengetahuan yang sewajarnya. Itu adalah cara yang lebih baik. Dan kalau anda boleh membuat analisa saham sendiri, itu adalah jauh lebih baik.

Itu sahaja ulasan dari saya tentang post yang lepas.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah mengambil bahagian. Kalau masih belum dapat ebook tu sila beritahu saya.

Nak bangkang? Boleh sahaja. Ingin bertanya lanjut. Juga boleh. Ruang komen terbuka luas.

08.29

2008

Bajet 2009

Belanjawan 2009 akan dibentangkan oleh Pak Lah sekejap lagi. Di hadapannya kali ini adalah bekas bos, Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar…

1. Budget 2009 to focus on helping people cope (The Star)

2. Rangsang rakyat berbelanja (Berita Harian)

Selain itu dilaporkan juga harapan daripada segmen rakyat tertentu.

Adakah ia berbentuk helping the rich and the poor by taxing more on the middle class?

Tunggu dan lihat.

08.28

2008

Sediakan Payung Semasa Cerah?

Saya diajar untuk mula berniaga tanpa perlu berhutang.

Kalau boleh berniaga dalam perniagaan yang tidak menggunakan modal. Kalau ada modal pun, tidak banyak.

Apa yang berlaku hari ini, ramai orang mula berniaga untuk pertama kali dengan berhutang.

Khususnya berhutang dengan bank. Apatah lagi dengan along.

Sama ada melalui skim hutang peribadi, hutang perniagaan dan skim-skim lainnya, maka ketahuilah ia tetap hutang.

Sedangkan kita perlu faham, sikap bank ini agak pelik.

Bank suka memberikan payung kepada kita sewaktu cuaca yang redup dan sedap. Tetapi apabila hujan turun, payung tersebut diambilnya balik. Selalunya tanpa belas kasihan.

Ini yang perlu kita semua betul-betul sedar.

Syarikat yang baik adalah syarikat yang mempunyai jumlah hutang yang rendah, dan aset tunainya jauh lebih banyak daripada hutang.

Sekiranya syarikat tersebut berhutang RM 10,000 dan cuma mempunyai aset berbentuk tunai sebanyak RM 500 sudah tentu syarikat tersebut berada dalam keadaan yang tidak kukuh.

Tetapi kalau syarikat tersebut berhutang RM 100,000 dan mempunyai aset berbentuk tunai sebanyak RM 500,000 sudah tentu secara common sense nya, syarikat tersebut lebih susah untuk jatuh bankrap.

Adalah lebih baik untuk mereka yang berminat membantu usahawan baru, bantu lah mereka dengan memberikan bantuan berbentuk geran perniagaan. Dan bukannya pinjaman perniagaan.

Bagi saya itu adalah lebih baik dan lebih membantu usahawan yang baru nak kenal dunia bisnes.

Dan kalau anda ingin menjadi pelabur pun, melaburlah dalam syarikat yang jumlah hutangnya adalah jauh lebih rendah dari aset tunainya.

08.27

2008

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya mengelakkan kalah besar kepada pasukan Chelsea tempoh hari.

Takziah kepada pasukan UMNO / BN kerana kalah besar dalam pilihanraya kecil kali ini.

Datuk Seri, 16 September bagaimana?

Baca Ulasan Lanjut: Keputusan Plilihanraya Kecil Permatang Pauh

08.24

2008

Entri Merdeka 2008

Notwithstanding common misconceptions, Malays have been involved in business for centuries. Malays were traders trading with Sumatra, Jawa, China and India. However, the British policy of economy segregation coupled with their immigrational labour policy led to the concentration of Malays in the agricultural sector. With Merdeka and the economic boom activities of the 50s and 60s, the Malays were not content to remain in the kampung while the wealth of the country was in the hands of foreigners and non-Malays. Their discontentment erupted in 1969. Then came the NEP. The NEP was not formulated to provide for handouts and charity to the Malays. It was a vehicle to level the playing field for the Malays, to enable them to catch up with their move advanced fellow citizens. Even in golf, if you are a beginner playing with a more experienced person, you are given a handicap.

Managing Business, My Personal Experience, Tun Daim Zainuddin.

Dulu, penjajah British memainkan peranan penting untuk memastikan anak petani membesar dan menjadi petani juga. Anak kerani membesar dan menjadi kerani juga. Anak cikgu membesar dan menjadi cikgu juga.

Kesannya, penguasaan ekonomi menjadi tidak seimbang.

Sebab Melayu duduk di kampung. India duduk di estet dan Cina duduk berniaga di bandar. Dan penjajah terus menguasai sebahagian besar ekonomi.

Hari ini, budaya itu masih belum berubah. Kerana pembacaan utama masyarakat iaitu akhbar dan rancangan televisyen berbahasa Melayu masih belum mengajar dan membentuk orang Melayu agar tahu berniaga dan faham isu ekonomi.

Dari muka depan akhbar anda akan baca isu Saiful Bukhari, fitnah, rasuah politik, sumpah menyumpah, Permatang Pauh, Ramlang Porigi, kemalangan, rompak, konsert Avril Lavigne, gosip Siti Nurhaliza mengandung, iklan Mawi says I feel silly when I speak Malay, Fasha Sanda sombong, Maya Karin kahwin, artis seksi yang bersopan, Diana Danielle bakal menantu Yusuf Haslam, LeeĀ  Chong Wei menang perak Olimpik dan tidak ketinggalan Liverpool menang 2-1 lawan Middlesbrough.

Sisipan akhbar hiburan lebih banyak diterbitkan dari sisipan ekonomi. Cerita politik adalah jauh lebih banyak ditulis dari cerita bisnes.

Tapi kalau anda baca akhbar seperti The Star, kandungan topiknya boleh dikatakan seimbang. Cerita bisnes pun banyak.

Masalahnya, orang Melayu lebih banyak baca Utusan Melayu, Berita Harian dan tidak ketinggalan, Harakah.

Maka budaya-budaya orang Melayu, sembang kedai kopi, banyak dibentuk oleh cerita yang dipaparkan dalam media sebegini.

Drama korporat orang Melayu pula banyak menunjukkan situasi meja bos dan pengarah syarikat yang kosong tetapi boleh jadi kaya raya nak mampus. Anak beranak dan saudara mara pula berebut harta dan kuasa. Datuk bosan Datin tak layan, lalu mengurat setiausaha cun, anak lelaki merempit dengan kereta sport dan anak perempuan berkepit dengan jantan yang hutang dengan along. Ditambah dengan bekas awek lama Datuk datang dengan anak “haram” tuntut harta. Dengan perisa campuran pengarah syarikat berkonspirasi dengan syarikat competitor untuk hancurkan company Datuk. Tidak dilupa watak lawyer bodoh, driver kaki lawak slapstik dan orang gaji yang setia.

Lalu orang Melayu diajar bisnes itu memang selalu begitu dan mereka pun jadi takut untuk berbisnes.

Buku, majalah bisnes berbahasa Melayu pun macam tiada. Tapi nak komplen banyak pun tak guna.

Forum BicaraJutawan ada. Blog yang anda baca ini ada. Dan selain impian hidup yang baru saya beritahu, saya juga nak memandaikan orang Melayu dalam bidang bisnes dan pelaburan. Hidup ini tak lama. 60 tahun je lebih kurang.

Lebih baik mati mencuba dari mati tidak buat apa-apa.

Selamat menyambut hari kemerdekaan.

Maaf tiada bendera. Saya protes.

08.20

2008

I Have A Dream

I have a dream.

I want to become a fund manager.

I know people kept condemning me for accepting the opinion that ASB is halal.

Yet, they do nothing. And they know nothing. Really.

I just want to create a fully syariah compliant fund, with low cost management fee charged, created by a Muslim for all who interested to invest in it.

A fund manager who recite Bismillah and not only an investment fund manager without a ruh of Islam.

Currently this business is fulfilled with people who just create an Islamic fund just to have their own market share in the so called Islamic market. And enjoying “Yam Seng” after they got the Islamic bank / fund license approval. And they just know how to make their own profit for themselves with Muslim money and prosperity.

Halal. Approved by Syariah Committee. But there is no ruh Islam.

Like a cuisine that is prepared by non-Muslim chef in a halal restaurant. Approved by Jakim.

I have a mission. This is my mission. This is not a mission impossible.

But the journey is still very long to go.

08.19

2008

Skill + Opportunity = Luck

Saya secara tidak sengaja menonton filem yang pernah menjadi kontroversi di Malaysia tidak lama dahulu, Evan Almighty, di saluran HBO semalam.

Filem ini berkisarkan tentang seorang ahli Kongres Amerika yang baru dilantik, Evan Baxter. Kemudian isterinya, Joan, berdoa agar hubungan keluarga mereka bertambah erat, dan Baxter kemudiannya berdoa agar dia dapat mengubah dunia! (Itu juga adalah slogan kempen semasa pilihanraya kongres)

Disebabkan mereka berdua berdoa, lalu doa mereka diperkenankan oleh Tuhan. Dan disitu bermula lah cerita Baxter yang perlu membina kapal seperti Noah (Nabi Nuh).

Baca Entri Penuh →

08.19

2008

Forum BicaraJutawan

Kepada forumers BJ,

Pihak admin BJ sedang menyelenggarakan server. Pihak admin sedang buat yang terbaik untuk membolehkan anda berforum dengan selesa pada masa hadapan.

Terima kasih kerana anda bertanyakan mengenai khabar forum BJ.

Tapi tak perlulah anda hantar emel yang mengandungi kata-kata maki dan kesat.

Kami buat kerja percuma, dan anda pun dapat maklumat, networking pun percuma. Penyelenggaraan server dibuat pun untuk membolehkan anda berforum dengan lebih lancar dan selesa pada masa hadapan. Bukan saja-saja mahu susahkan anda.

Perlu ke nak anda mencarut dan memaki?

Fikirlah sikit bang …

08.14

2008

Selain ASB, Apa Dia?

Anda mempunyai pelbagai sebab mencari pelaburan lain selain ASB. Ada 2 sebab besar. Sama ada anda tidak yakin dengan status halal ASB atau ASB anda sudah penuh.

Anda tidak mempunyai masa, kemahiran untuk terlibat secara langsung di Bursa Malaysia, atau anda tidak berminat dengan pelaburan hartanah dan barangkali anda juga tidak mempunyai masa dan kemampuan untuk buat bisnes sendiri.

Baca Entri Penuh →

08.13

2008

Apa Itu Options?

Selepas saya post artikel ringkas mengenai hukum options trading, ada pula yang bertanya, “Options tu apa pulak? Sama macam CPO ke?”

Maka di sini saya akan menerangkan apa itu options. Untuk anda yang telah mengikuti blog ini sekian lama, barangkali anda juga telah tahu, apa itu Futures (Pasaran Hadapan) bukan?

Baca Entri Penuh →

08.13

2008

Apa Itu Pelaburan?

“Abah. Apa tu pelaburan? Investment?” Amirul bertanya memecah kesunyian petang.

“Kalau Amirul tanya kepada Abah … pelaburan itu adalah bagaimana RM 1 yang Amirul ada, boleh jadi RM 1.20 dan selalunya ia diukur untuk tempoh setahun.” Abah menjawab persoalan.

“Ooo… kalau kita boleh buat duit out of nothing? Itu pelaburan?” Tanya Amirul lagi.

Baca Entri Penuh →

08.12

2008

Hukum Options

Pembaca blog Pakdi-Net bertanyakan mengenai . Stock options trading. Saya memberikan beberapa pandangan ulama’:

Pandangan 1

Ahmad Muhayyuddin Hassan, Abu Sulayman (Fiqh Academy), Mufti Taqi Usmani (Fiqh Academy) berpendapat options adalah haram kerana beberapa sebab seperti injustice, maysir (judi), dan beberapa isu berkaitan premium dan maturity date.

Pandangan 2

Prof Hashim Kamali (IIUM) berpendapat options adalah dibenarkan. Pada pandangannya options menggunakan konsep bai’ al-urbun. Ulama semasa seperti Yusuf al-Qardhawi dan Mustafa al-Zarqa juga mengharuskan bai’ al-urbun.

Pandangan Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Tidak mempunyai pandangan rasmi mengenai options. Tetapi pada masa yang sama mereka meluluskan stock warrants yang pendasarnya patuh syariah.

Nota Kaki* Options dan Warrants mempunyai banyak persamaan.

(Sumber: Financial Derivatives, Markets & Applications in Malaysia, Obiyatullah Ismath Batcha)